Garis masa Kesan_pandemik_COVID-19_terhadap_politik_di_Malaysia

Krisis politik dan pandemik COVID-19

Sebuah krisis politik di Malaysia berlaku seiring dengan pandemik COVID-19 di negara ini.[1] Krisis ini menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan runtuh, menyebabkan pengunduran Perdana Menteri Mahathir Mohamad lalu diganti dengan Muhyiddin Yassin dan gabungan Perikatan Nasional yang baharu sambil mengekalkan majoriti kecil. Wabak besar di acara keagamaan Tablighi Jamaah dan sebaran virus susulan di seluruh negara didakwa telah diburukkan oleh ketidakstabilan politik,[2] dengan Menteri Kesihatan baharu, Adham Baba mengkritik pendahulunya Dzulkefly Ahmad, walaupun tiada kerajaan jelas yang bertanggungjawab ketika itu.[3][4] Tidak lama setelah kerajaan baharu didirikan, kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara untuk mengekang penyebaran virus.[1] Dengan ketidakstabilan politik yang berterusan, Yang di-Pertuan Agong memberi amaran kepada ahli politik pada Mei 2020 bahawa baginda "ingin memberi nasihat agar tidak mengheret negara sekali lagi ke dalam kekacauan politik yang menimbulkan ketidakpastian" susulan krisis kesihatan yang sedang berlaku di negara ini.[5]

Pilihan raya negeri Sabah 2020

Muhyiddin menyalahkan pilihan raya negeri Sabah 2020 berikutan peningkatan besar dalam kes COVID-19 di seluruh negeri Sabah dan negara secara keseluruhan.[6]

Darurat negara 2021

Pada Januari 2021, sebuah perisytiharan darurat diisytiharkan lalu menangguhkan semua pilihan raya dan sidang Parlimen, dan kerajaan diberi kuasa untuk merangka undang-undang tanpa sebarang pengawasan dalam menyelesaikan pandemik dan ketidakstabilan politik yang sedang berlangsung.[7] Ini menyebabkan peletakan jawatan Ahli Parlimen Ahmad Jazlan Yaakub daripada kerajaan mengakibatkan kehilangan majoriti 111 kerusi yang diperlukan pihak kerajaan di Dewan Rakyat.[8] Pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim mengkritik pengisytiharan itu dengan mengatakan bahawa darurat yang diisytihar ialah usaha kerajaan untuk mengekalkan kuasa dan mendakwa bahawa 115 orang anggota Parlimen menentang tindakan itu.[9] Pada bulan Julai 2021, Majlis Raja-Raja menyatakan bahawa keadaan darurat tidak perlu dipanjangkan lagi setelah 1 Ogos, dan Parlimen mesti dibuka "secepat mungkin".[10] Darurat telah menyebabkan penangguhan semua sidang Parlimen dan dewan undangan negeri serta sebarang pilihan raya, dan oleh itu, pilihan-pilihan raya mesti dilakukan selepas 1 Ogos, dengan kawasan terlibat termasuk seluruh Sarawak, Batu Sapi (Parlimen), Gerik (Parlimen), Bugaya (DUN Sabah) dan Melor (DUN Kelantan).[11]

Rujukan

WikiPedia: Kesan_pandemik_COVID-19_terhadap_politik_di_Malaysia http://www.theguardian.com/world/2021/jan/12/malay... //doi.org/10.1080%2F13567888.2020.1756352 https://www.channelnewsasia.com/news/asia/covid-19... https://www.channelnewsasia.com/news/asia/malaysia... https://www.channelnewsasia.com/news/asia/malaysia... https://www.channelnewsasia.com/news/asia/malaysia... https://www.channelnewsasia.com/news/asia/malaysia... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/05/18...